ANDA SEDANG MEMBACA

1

[PREVIEW] Malaysia vs Myanmar, Menang Atau Menung?

Unknown Jumaat, November 25, 2016

Di sebalik isu boikot perlawanan dan masyarakat Islam Rohingya, perlawanan ini boleh dijadikan ‘alat’ untuk membantah perbuatan keji mereka. Pada pendapat saya, lebih baik Malaysia memikirkan cara untuk ‘membelasah’ mereka berbanding meneruskan niat untuk menarik diri daripada kejohanan yang akan menyebabkan pasukan terpaksa digantung dua edisi kejohanan peringkat AFF ini yang mana akan merisikokan pasukan Malaysia untuk mendapatkan sebarang perlawanan kompetitif dan keciciran mata. Baiklah! Seperti biasa, saya akan menyenaraikan isu-isu penting menjelang perlawanan menentang tuan rumah kedua, Myanmar. Mari kita selusuri artikel ini!

 NOT-SO-DEFENSIVE MALAYSIA MENENTANG ULTRA-DEFENSIVE MYANMAR!

 Jikalau dalam dua perlawanan lepas kita bertemu dengan pasukan yang sangat efektif ketika menyerang, Myanmar pula pasukan yang sebaliknya! Pasukan yang menjanjikan permainan yang lebih seimbang ini pasti akan membuatkan peminat tempatan tertanya apakah kekuatan sebenar mereka. ‘Pressing’ yang baik di middle third, kawalan bola yang bagus serta kelebihan serangan mereka membuatkan cabaran mereka lebih menarik! Gerd Zeise nampaknya menerapkan nilai pertahanan yang sangat baik dalam DNA pasukan ini. Malaysia pula? Selain perubahan formasi daripada 4-4-1-1 kepada 4-2-3-1, Malaysia terus mengharapkan Hazwan berseorangan di atas sambil dibantu oleh dua inside forward (Amri-Zaquan/Syazwan). Darren Lok juga masih diberi kepercayaan walaupun mat salleh-tak-berapa-cina itu tak mampu menyumbang apa-apa di bahagian serangan. Seperti Vokhid Shodiev (Perak FA – 2016) pun ada! Datuk Ong suka bermain secara defensive tetapi tiada sebarang perlaksanaan menyeluruh dijalankan. Mana ke tidaknya! ‘Pressing’ macam budak tadika main bola, ‘clearance’ macam main dalam lumpur… Kalau Malaysia tidak ubah permainan mereka, memang 0% peratusan peluang untuk mara ke peringkat lebih tinggi; AFC Asian Cup 2019!

 REKOD LEPAS TIDAK MEMIHAK MANA-MANA PASUKAN?

 Malaysia telah bertemu Myanmar sebanyak 13 kali sejak 1993 dan masing-masing menang dan kalah 4 perlawanan. 5 perlawanan terakhir Malaysia-Myanmar lebih memihak kepada Malaysia dengan 2 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah yang mana perlawanan terakhir Malaysia pada 28 Mei lalu berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Atas kertas, masih sukar untuk membayangkan kemenangan mutlak milik siapa namun berdasarkan prestasi semasa, Myanmar nampaknya mendahului Malaysia dengan kelebihan tuan rumah dan 1 gol. Akan tetapi, harus diingatkan sekali lagi bahawa bola itu bulat! Apa-apa boleh terjadi!

 MYANMAR TANPA KYAW KO KO : SIAPA YANG PATUT DIBERIKAN PERHATIAN?

 Myanmar beraksi baik pada kejohanan kali ini walaupun tanpa penyerang prolifik mereka, Kyaw Ko Ko. Jadi, siapakah yang patut diberikan perhatian pada kejohanan Piala AFF Suzuki edisi kali ini? Ada beberapa nama yang saya perhatikan dan saya harap nama-nama ini bakal dikawal rapi pertahanan Malaysia. Yang paling utama dan paling berbahaya semestinya pemain no.9 Myanmar, Aung Thu. Dia memiliki kelebihan untuk menjaringkan gol di depan gawang gol. Buktinya? Satu gol dalam setiap perlawanannya di AFF Suzuki Cup 2016 membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang muda yang prolifik. Seterusnya, jika di Malaysia kita mempunyai Shahrul Saad yang mampu menjaringkan gol sebanyak pemain seperti Syazwan Zainon, di Myanmar juga mereka mempunyai pertahanan yang boleh menjaringkan gol iaitu Zaw Min Tun (24 tahun). 2 gol melalui set-pieces memperlihatkan bahawa pertahanan Kemboja tidak mengawasi pergerakan beliau yang datang daripada bawah. Akhir sekali, pemain yang bermain di bahagian flank kanan, Sett Naing yang bermain di Samut Sakhon, Thailand. Mempunyai keupayaan untuk menyerang dengan pantas, Sett Naing juga mampu menjadi ancaman bagi pasukan Malaysia!

PEMAIN TUMPUAN MALAYSIA MENENTANG MYANMAR :

 MYANMAR : AUNG THU

 Selepas Vathanaka dan Udom, Aung Thu disebut-sebut bakal menjadi lagenda bagi posisi penyerang alaf baru AFF Suzuki selain Terrasil Dangda (Thailand) dan Noh Alam Shah (Singapura) yang sememangnya lagenda sejati! Mempunyai gaya larian penyerang sejati serta kebolehan untuk menjaringkan gol dengan baik, Aung Thu nampaknya bakal meneruskan legasi penyerang terbaik yang Myanmar pernah lahirkan setaraf Bambang Pamungkas (Indonesia) dan Azman Adnan (Malaysia).

 MALAYSIA : KHAIRUL FAHMI

 Khairul Fahmi antara pemain yang akan diberi tumpuan sama ada beliau akan berjaya mengelakkan Malaysia tersingkir ataupun tidak. Bekas pemain skuad emas Malaysia ini nampaknya masih mempunyai refleks serta tindak balas yang baik biarpun usianya sudah sedikit lanjut. Diharapkan agar beliau dapat bermain dalam ‘form’ yang terbaik esok!  

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul. Ikuti kami untuk lebih artikel mengenai pasukan Malaysia yang sedang bertanding di Piala AFF 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...